SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KELAB KERJAYA SMK CHERAS... TEROKAI KERJAYA ANDA BERSAMA KAMI DISINI...
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket __________________________________________________________________________________________________________________

Laporan Khas : Johan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Wilayah Zon Pudu



TAHNIAH UNIT KAUNSELING SMK CHERAS SEKALI LAGI DINOBATKAN SELAKU SEKOLAH TERBAIK DALAM KARNIVAL KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT WILAYAH PUDU TAHUN 2012 .. TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA PESERTA, PRS, GURU-GURU KAUNSELING DAN GURU-GURU PRATIKUM... ANDA SEMUA MEMANG TERBAIK. 

Tahun ini, SMK Cheras mendapat tempat bagi kategori berikut; 
  • JOHAN Pertandiangan Folio Kerjaya 
  • JOHAN Persembahan Multimedia Eksplorasi Alam Kerjaya 
  • JOHAN KESELURUHAN Eksplorasi Alam Kerjaya 
  • JOHAN Membina Media Maklumat Kerjaya
  • TEMPAT KETIGA Pesembahan Sketsa Kerjaya (cipta sejarah mendapat tempat dalam bertandingan semenjak sekian lama)



Folio Kerjaya 





Eksplorasi Alam Kerjaya



 Membina Media Maklumat



Sketsa Kerjaya

Program Outreach Kerjaya - Juruterbang

Para pelajar yang akan mewakili sekolah bagi Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Pudu telah dibawa ke Asia Pasific Flight Training yang bertempat di Kota Bharu Kelantan. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat kajian lapangan tentang kerjaya yang dipilih oleh mereka iaitu kerjaya sebagai Juruterbang. 

Banyak pengalaman baru seperti mengendalikan alat simulator sebenar dan banyak lagi telah ditimba oleh para pelajar semasa kajian lapangan ini dijalankan. Pelajar juga didedahkan dengan kerjaya-kerjaya lain yang terdapat di sesebuah lapangan terbang seperti Marshal, jurulatih penerbangan, jurutera dan juga pengawal trafik udara. 

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pelajar yang terlibat ialah mereka dapat menemu ramah sendiri seorang kapten juruterbang yang sebenar yang telah berkhidmat di dalam bidang penerbangan selama lebih daripada 20 tahun. Banyak cerita yang telah dikongsikan bersama untuk meningkatkan lagi semangat para pelajar untuk mengejar cita-cita mereka sebagai seorang Juruterbang. 















Laporan Khas : Program Penghayatan Taman Laut Bagi Persatuan & Kelab


Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak Ecomarine telah mengadakan satu Program Penghayatan Taman Laut bagi persatuan dan kelab pada 9 hingga 12 Mac 2012 yang lalu di Pulau Perhentian, Terengganu. Seramai 26 orang pelajar tingkatan lima telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang kehidupan marin agar mereka lebih menghayati serta menyayangi alam semula jadi ini.

Dalam tempoh tersebut, banyak aktiviti yang menarik telah disediakan oleh pihak sekolah bersama-sama dengan pihak Ecomarine. Antaranya ialah scuba diving, snorkeling, berkayak dan banyak lagi. Para pelajar mengambil kesempatan ini untuk bergembira bersama rakan-rakan dan juga guru-guru di samping mempelajari banyak ilmu-ilmu yang baharu. 

Berikut merupakan antara memori yang telah dirakam semasa berada di Pulau Perhentian...














Sekapur Sirih Seulas Pinang


Bismillahirrahmanirrahim.. 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi atas kurniaannya telah diberikan peluang untuk mewujudkan sebuah blog rasmi bagi Kelab Kerjaya SMK Cheras di bawah naungan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Selamat datang kepada semua pembaca. Matlamat kelab kerjaya ini adalah untuk menyampaikan dan menerangkan lagi tentang kerjaya-kerjaya yang terdapat di pasaran dunia serta membuka mata para pelajar untuk melihat sesuatu kerjaya daripada perspektif yang berbeza. Ahli-ahli kelab diberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada kerjaya yang mereka minati. Kelab kerjaya juga banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang berjaya memberikan pulangan positif kepada para pelajar sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah seperti lawatan kerjaya, karnival kerjaya dan juga pameran kerjaya. 

Menurut sejarah, Kelab Kerjaya SMK Cheras merupakan antara kelab yang aktif berbanding dengan kelab-kelab lain. Hal ini telah dikuatkan lagi kesahihannya dengan kemenangan kesuluruhan bagi pertandingan di dalam Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Pudu secara berturut-turut selama tiga tahun. Lebih membanggakan, Unit Bimbingan Kaunseling SMK Cheras merupakan unit kaunseling yang teraktif bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh sebab kemenangan-kemenangan yang telah diraih sehingga di peringkat kebangsaan. 

Kebiasaannya, ahli-ahli kelab kerjaya terdiri daripada kalangan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang mempunyai sahsiah yang terpuji serta tahap akademik yang sangat memberangsangkan. Hatta, kelab ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dan mendalami bidang kerjaya. Namun, ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyiapkan diri kepada dunia menara gading serta dunia pekerjaan yang sudah izhar tentang cabarannya yang besar. 

Akhirulkalam, kami daripada Unit Bimbingan Kaunseling SMK Cheras mengalu-alukan semua pelajar untuk mendapatkan info-info tentang kerjaya tidak kira sama ada melalui prospek mahupun cabaran kepada kerjaya bagi meningkatkan lagi ilmu mereka.