SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KELAB KERJAYA SMK CHERAS... TEROKAI KERJAYA ANDA BERSAMA KAMI DISINI...
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket __________________________________________________________________________________________________________________

Profil


VISI
Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan mengenai pelbagai jenis kerjaya dan kursus-kursus yang berkaitan dengan kerjaya untuk dipadankan dengan diri sendiri atau untuk membimbing pelajar lain. 

MISI
Melahirkan pelajar yang berpengetahuan mengenai pelbagai kerjaya melalui aktiviti meneroka, menemu bual dan mencari maklumat pelbagai jenis kerjaya dan lawatan ke IPT dan mencari maklumat mengenai kursus-kursus yang berkaitan.

 MATLAMAT
  1. Melahirkan ahli kelab yang dapat mentadbir inventori minat kerjaya untuk membimbing pelajar lain mengetahui minat kerjaya masing-masing
  2. Membimbing ahli kelab mengenai pelbagai jenis kerjaya yang wujud dan kursus-kursus yang perlu diikuti bagi menceburi kerjaya tersebut.
  3.  Memberikan pengetahuan kepada ahli kelab mengenai kursus di IPT dan institusi pengajian lain.


  • OBJEKTIF

    1.       Agar ahli dapat mengetahui minat kerjaya dan pencapaian dalam akademik yang diperlukan untuk mengikuti kursus tertentu.
    2.       Agar ahli menyedari bahawa pilihan kerjaya adalah luas dan memperkenalkan kepada ahli jenis-jenis kerjaya yang lain berkaitan dengan enam bidang kerjaya yang utama seperti Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional.
    3.       Agar ahli mengetahui institusi untuk melanjutkan pelajaran bagi mengikuti kursus yang berkenaan dengan kerjaya pilihan.