SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KELAB KERJAYA SMK CHERAS... TEROKAI KERJAYA ANDA BERSAMA KAMI DISINI...
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket __________________________________________________________________________________________________________________

Sekapur Sirih Seulas Pinang


Bismillahirrahmanirrahim.. 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi atas kurniaannya telah diberikan peluang untuk mewujudkan sebuah blog rasmi bagi Kelab Kerjaya SMK Cheras di bawah naungan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Selamat datang kepada semua pembaca. Matlamat kelab kerjaya ini adalah untuk menyampaikan dan menerangkan lagi tentang kerjaya-kerjaya yang terdapat di pasaran dunia serta membuka mata para pelajar untuk melihat sesuatu kerjaya daripada perspektif yang berbeza. Ahli-ahli kelab diberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada kerjaya yang mereka minati. Kelab kerjaya juga banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang berjaya memberikan pulangan positif kepada para pelajar sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah seperti lawatan kerjaya, karnival kerjaya dan juga pameran kerjaya. 

Menurut sejarah, Kelab Kerjaya SMK Cheras merupakan antara kelab yang aktif berbanding dengan kelab-kelab lain. Hal ini telah dikuatkan lagi kesahihannya dengan kemenangan kesuluruhan bagi pertandingan di dalam Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Pudu secara berturut-turut selama tiga tahun. Lebih membanggakan, Unit Bimbingan Kaunseling SMK Cheras merupakan unit kaunseling yang teraktif bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh sebab kemenangan-kemenangan yang telah diraih sehingga di peringkat kebangsaan. 

Kebiasaannya, ahli-ahli kelab kerjaya terdiri daripada kalangan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang mempunyai sahsiah yang terpuji serta tahap akademik yang sangat memberangsangkan. Hatta, kelab ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dan mendalami bidang kerjaya. Namun, ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyiapkan diri kepada dunia menara gading serta dunia pekerjaan yang sudah izhar tentang cabarannya yang besar. 

Akhirulkalam, kami daripada Unit Bimbingan Kaunseling SMK Cheras mengalu-alukan semua pelajar untuk mendapatkan info-info tentang kerjaya tidak kira sama ada melalui prospek mahupun cabaran kepada kerjaya bagi meningkatkan lagi ilmu mereka.